Tiga langkah lindungi diri daripada coronavirus

KUALA LUMPUR: Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV. Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Langkah kedua adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini. “Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan. “Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan. “Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,” kat...